Assalamualaikum...
Dah lama azie tidak mempamirkan resepi-resepi masakan kerana baru-baru ini azie sibuk menguruskan majlis perkahwinan pak su yang berlangsung rumah nenek azie. biasalah cucu sulung memang sibuk urus itu dan ini hehehe.. sebenarnya azie sudah lama nak buat aiskrim goreng tetapi tidak berkesempatan. tetapi hari ini azie lakukan juga. menu sarapan petang aiskrim goreng.
BAHAN-BAHANNYA:
2 keping roti
1 sudu aiskrim
sedikit air
minyak untuk mengoreng
CARA-CARANYA:
1. Ambil 2 keping roti, rencik bersama air dan gelek dengan cawan.
2. Letakkan 1 sudu aiskrim di atas sekeping roti dan sekeping lagi diatas aiskrim
3. ambil cawan yang berbentuk bulat dan tekap pada roti sehingga menjadi bulat.
4. jika bahagian tepi terbuka penyetkan dengan jari.
5. panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.
SELAMAT MENCUBA :)