Sunday, 7 September 2014

Kuih Puteri Ayu

Assalamualaikum....


hai, dah berabuk blog secubit rasa, lame jugak tak update entry resepi baru. asyik snap pic je, ade tu pulak terlupa nak snap pic kihkihkih... hari ini azie nak kongsikan  satu resepi iaitu kuih puteri ayu atau dalam bahasa jawa di panggil kuih tiwul ayu. tapi yang penting bukan tuan puteri ayu okay


nieh pon puteri ayu jugak kihkihkih


tadi x sempat nak snap pic kuih dah habis. so, jalan paling mudah ambik di chef google la hehehe. jangan marah nanti kena jual haha



janji ade sample pic kan :)


membebel je mak jemah nie kan? tak di bagi resepinya. cakap dah air liur merecik-recik hahaha (gelak kiah propa)



2 biji telur (saiz biasa pun dah cukup)

1 cawan gula (saya guna 3/4 cawan - kurangkan manis)

1 sudu teh ovalette

1 cawan santanpati pandan @ pewarna hijau

2 cawan gandum

Topping:

1-2 cawan kelapa parut (putih)

garam & gula secukup rasa

sedikit gandum

 Cara-cara:

1. Pukul telur bersama gula hingga kembang.

2. Kemudian, masukkan ovalette dan pukul lagi sampai kembang@putih.

3. Masukkan santan dan pati pandan, kacau sebati.

4. Masukkan gandum sedikit demi sedikit, sambil mengacau adunan agar betul-betul sebati.

5. Untuk topping, gaulkan kelapa parut putih bersama sedikit gula & garam (secukup rasa) serta sedikit gandum.

6. Isikan kelapa parut td ke dalam setiap acuan, tekan sedikit agar padat. Kemudian, kukus sekejap dalam pengukus. 

7. Pastikan air dalam pengukus telah mendidih terlebih dahulu sebelum dimasukkan kelapa parut & adunan. Jika menggunakan pengukus Steam It Tupperware Brands, pastikan ada air dlm kuali mengikut water level yang telah ditetapkan..dan pastikan air dlm kuali telah mendidih terlebih dahulu.

8. Masukkan adunan tersebut ke dalam acuan...dan kukus selama lebih kurang 7 minit.

selamat mencuba :)


resepi nie pon copy malas nak taip banyak kihkihkih, ape yang penting kuih nie sedap :P