Sunday, 2 December 2012

KERABU SANTAN DURIAN


Assalamualaikum...
hari nie anda masak ape? kalau x tahu nak masak ape nie cume cadangan yg boleh di cuba. percaya lah rasenya sangat sedap. sebenarnye azie banyak resepi yang nak di postkan tetapi tertangguh sebab exam stpm. haissyy bebel macam joyah pulak.

bahan-bahannya:
2 biji durian
1 biji santan kelapa
2 biji bawang yang telah di racik
sedikit cili api yang di hiris
sedikit garam

cara-caranya:
1. santan di kacau bersama garam. apabila sudah larut masukkan semua bahan.
2. boleh di hidangkan

Wednesday, 21 November 2012

OREO SMOOTHIE

SEDAPNYE

petang nie study nak dekat exam. untuk hilangkan stress bace buku yang tebal2 2 ape kate luangkan mase sebentar buat oreo smoothie. mmg sdp minum pada cuaca panas, hilang dahaga dan akan berasa kenyang. cara penyediaannye x de la susah n bahannya pon sng di dapati. smoothie khas untuk ibu dan ayah.

BAHAN-BAHANNYA:

6 sudu besar Ais krim vanila atau coklat
1 1 /2 cawan kecil susu dutch lady low fat
5 keping biskut oreo
5 ketul kiub ais (jika mahu)

CARA PENYEDIAAN:

1. masukkan susu, biskut oreo, ais krim dan ais ke dalam blend.
2. kisar sehingga air batu setengah hancur.
3. tuangkan smoothie ke dlm cawan.
4. jika mahu kelihatan menarik letakkan 1 sudu besar ais krim di ats permukaan smoothie.

SELAMAT MENCUBA!!   :)

Saturday, 13 October 2012

AYAM MASAK BOJAH


Assalamualaikum...
hari nie cuti giliran azie turun ke dapur. hehehe ayah beli ayam pikir punya pikir nak masak ape terpikir pulak nak msak ayam masak bojah kegemaran aq sebab ade lada hitam memang sedap nak nye makan di waktu sejuk, perut terasa panas. ok lah azie tunjukkan ape bahan-bahan yang di perlukan.

BAHAN-BAHANNYA:

1 ekor ayam @ ikan parang/ tenggiri
1 biji kelapa 
2 kecil bungkus lada hitam 
5 sudu besar cuka
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam secukup rasa

CARA-CARANYA:

1. masukkan ayam, serbuk kunyit dan lada hitam ke dalam kuali dan hidup kan api untuk proses mengecut.
2. apabila ayam sudah kecut masukkan santan.
3. masak sehingga ayam lembut dan kuah menjadi pekat.

SELAMAT MENCUBA :)

Tuesday, 10 July 2012

LEMPENG VETERAN


Assalamualaikum
Ayah buat pemeriksaan doktor darah tinggi dia naik punca jadi macam tu sebab kawan baik ayah meninggal dunia dan emosinya tak stabil. setiap malam ayah mintak masakkan lempeng. Agak2nya kenapa lak name lempeng nie lempeng veteran? hahaha lempeng nie Azie belajar dari nenek azie sendiri. jom kita tengok ape bahan yang di perlukan.

BAHAN-BAHANNYA: (UNTUK 2 KEPING LEMPENG)

1 Senduk tepung gandum
1 Biji telur
sedikit garam
Air masak

CARA-CARANYA:

1. Masukkan tepung, garam secukup rasa dan air masak kacau biarkan adunan cair
2. Masukkan telur dan kacau sehingga sebati
3. Panaskan kuali dan masukkan minyak 1 sudu besar.
4. Masukkan ke dalam kuali. angkat sehingga kekuningan.

SELAMAT MENCUBA!!! :)


SPIRAL SPAGHETTI GORENG



Assalamualaikum
Menu makan tengah hari Azie hari nie spiral spaghetti goreng. bahan utamanya spiral spaghetti. Azie suka makan spaghetti dan sekarang nie lagi gila nak turun ke dapur. setiap kali bulan puasa dapur Azie takluki sebab ibu sibuk menjahit dengan tempah baju dan langsir. Asyik membebel je kan bahan masakkannye ape?

BAHAN MASAKKAN:


250 Gram spiral spaghetti
2 Biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 Biji telur
Lada kering - Rebus
Garam secukup rasa
Sos tiram
Daging cincang
Seafood
Sawi
Carot


CARA-CARA MASAK:
1. Dalam air mendidih masukkan spaghetti tadi. Kalau brand San Remo, 8minit dah masak. Pastu toskan airnya.
2. Lada kering yg dah direbus sampai lada kembang ditapis dan di blend bersama bawang besar dan bawang putih.
3. Panaskan minyak (biar lebih sikit supaya lada betul2 masak) dan masukkan bahan2 yang di blend tadi. Tumis lada sampai betul2 masak ye..Masukkan sos tiram agak2 aje...dalam 3/4 sudu la..Tambah garam dan bahan perisa.
4. Masukkan minced chicken/beef tumis sampai masak baru masukkan udang. Agak2 udang dah bengkok2 tu masukkan carrot dan tumis lagi. Masukkan pulak spaghetti. Gaul sampai rata dan rasa garamnya ok ke tak. Masukkan telur dan kacau.
5. Masukkan pula sawi gaul lagi sampai semua bahan2 agak kering. Kalau suka basah2 sikit bolehla angkat ikut suka hati...Siap



SELAMAT MENCUBA!!! :)

KUIH APAM MILO



Assalamualaikum
Petang ni hujan perut terasa lapar. Apa menu yang sesuai untuk minum petang? jawapannya apam milo la..
okay, hari ni azie ajarkan macam mana nak masak apam milo. ermm rasanya bukan apam tetapi kek, memang sedap. Buat kuih ni sebab tunggu kedatangan Syafiza tapi dia tak dapat datang sebab hujan.


BAHAN MASAKAN:

1 Cawan tepung gandum
1/2 Cawan gula
1/2 Cawan minyak
1/2 Cawan susu
1/2 Air masak
1/2 Sudu kecil Soda bikabonate
1 Biji telur
3 Sudu milo

CARA-CARANYA:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga sebati.
2. Masukkan ke dalam acuan yg sudah di sapukan dengan majerin.
3. Kukus selama 15 minit (untuk acuan kecil)

SELAMAT MENCUBA!!! :)