Wednesday, 26 June 2013
SUP AYAM
DORAYAKI
Assalamualaikum...
DORAEMON??? APA KAITAN DENGAN DORAEMON???
Sejak dari kecil sampai sekarang nie umur dah 20 tahun masih minat citer DORAEMON
Yang paling best poketnye. dalam poket dia ade macam2 alat yang cangih. kalau zaman kanak-kanak dahulu, setiap kali pergi Upwell mesti merenget kat ayah dan ibu nak beli cd Doraemon. ayah belikan jugak untuk azie hehehe
Tema minum petang azie hari ini ialah............
DORAYAKI
SELAMAT MENCUBA :)

Resepi kuih Dorayaki memang mudah untuk di sediakan dan sedap apabila menikmatinya.
Tapi......................... azie buat tak cantik :'( kalau anda buat lagi cantik :)
KUIH DORAYAKI
Bahan-bahan:
100gm tepung kek atau tepung gandum
½ sudu teh baking soda
60gram gula halus
2 sudu madu
2 biji telur
½ sudu minyak masak
½ sudu teh esen vanilla
Sedikit marjerin/ mentega / minyak masak
Inti:
kacang merah yg manis/ kaya

Cara Penyediaan:
Masukkan telur dan gula dalam mangkuk besar, pukul sehingga kembang. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau hingga mesra. Ayak tepung bersama baking soda dan masukkan ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik (tambah sedikit susu cair jika adunan terlalu pekat).
Panaskan marjerin/ mentega / minyak masak atas kuali leper dengan api kecil.
Tuang suku cawan adunan, buat bulatan berdiameter 10cm. Masakkan bahagaian bawah sehingga berwarna perang, balikkan untuk masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping).
Letak 1 sudu besar kacang merah/kaya ditengah sekeping kuih, tutup dgn satu keping kuih. Tekan dengan tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah /kaya

AYAM PAPRIK
assalamualaikum...
Apa khabar pembaca setia blog secubit rasa? Lamanye tidak mengentrikan resepi2 baru. ambil gambar terus simpan dalam lappy sahaja. kali ini azie bawakan resepi istimewa iaitu ayam paprik. parents azie suke makan nasi ayam paprik kat Restoran Sri Manis, kali ini azie cuba masak sendiri :)
setelah meneliti resepi2 ayam paprik. azie berkenan untuk mencuba resepi ini. blog INI yang memberi inspirasi untuk mencubanya
AYAM MASAK PAPRIK SPECIAL
Bahan-bahannya :-
300gm ayam ~ dipotong dadu
5 biji bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1/2 inci halia ~ dicincang
1 biji tomato ~ dipotong
1 biji carrot ~ dihiris
30gm bunga kubis ~ dipotong
3 helai daun limau purut
2 sb cili kering kisar
1 sb sos tiram
1 sb kicap manis
1 sb sos cili
1 sk sos ikan
garam secukup rasa
Cara-cara memasaknya :-
Gaulkan ayam bersama sedikit garam. Panaskan minyak dlm kuali dan gorengkan ayam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Kurangkan minyak, tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau. Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan bunga kubis dan carrot. Gaul rata, biar sayur masak.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Tambahkan sos tiram, kicap manis, sos cili, sos ikan dan sedikit garam. Gaul sebati, biarkan sebentar.
Masukkan tomato dan daun limau purut, kacau rata dan padamkan api.
Sedia dihidang bersama nasi putih panas2!
nasib baik azie buat ibu dan ayah kate sedap kalau tak jadi macam nie lah
merajuk 2 minit hahaha

Subscribe to:
Posts (Atom)