Wednesday, 26 June 2013

AYAM PAPRIK

assalamualaikum...

                Apa khabar pembaca setia blog secubit rasa?  Lamanye tidak mengentrikan resepi2 baru. ambil gambar terus simpan dalam lappy sahaja. kali ini azie bawakan resepi istimewa iaitu ayam paprik. parents azie suke makan nasi ayam paprik kat Restoran Sri Manis, kali ini azie cuba masak sendiri  :)






setelah meneliti resepi2 ayam paprik. azie berkenan untuk mencuba resepi ini. blog  INI yang memberi inspirasi untuk mencubanya




AYAM MASAK PAPRIK SPECIAL

Bahan-bahannya :- 

300gm ayam ~ dipotong dadu
5 biji bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1/2 inci halia ~ dicincang
1 biji tomato ~ dipotong
1 biji carrot ~ dihiris
30gm bunga kubis ~ dipotong
3 helai daun limau purut
2 sb cili kering kisar
1 sb sos tiram
1 sb kicap manis
1 sb sos cili
1 sk sos ikan
garam secukup rasa


Cara-cara memasaknya :- 

Gaulkan ayam bersama sedikit garam. Panaskan minyak dlm kuali dan gorengkan ayam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.

Kurangkan minyak, tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau. Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga pecah minyak.

Masukkan bunga kubis dan carrot. Gaul rata, biar sayur masak.

Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Tambahkan sos tiram, kicap manis, sos cili, sos ikan dan sedikit garam. Gaul sebati, biarkan sebentar.

Masukkan tomato dan daun limau purut, kacau rata dan padamkan api.
Sedia dihidang bersama nasi putih panas2! 


nasib baik azie buat ibu dan ayah kate sedap kalau tak jadi macam nie lah



merajuk 2 minit hahaha

No comments:

Post a Comment