Wednesday, 26 June 2013

SUP AYAM

Assalamualaikum


      Peningnya nak masak apa pun tak tahu. ayah keluar masuk  PASAR FRESH AND GREEN  masih tak jumpa lauk apa yang sesuai. ikan pon tidak berapa cantik jadi ayah beli ayam. "adik, siang ayam ada kat besen 2. x kisahlah masak apa pun". sekali azie toleh ke belakang........



Ooo ayam lari..... kejar.... mana kau nak pergi hah???     ~fantasi jew~



pak puk pak puk

akhirnya.....



LETIH POTONG AYAM



  • 1 ekor ayam potong 16
  • 1 paket rempah sup mak siti
  • 1 labu bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • sebatang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 iji buah pelaga
  • 2 biji kentang
  • 1 batang lobak
  • daun sup, daun bawang & bawang goreng


  1. Rempah-rempah  direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah-rempah tersebut. Air rendaman turut disimpan. rempah sup di masukkan air dan kacau

  1. Bawang merah dan bawang putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jangan sampai lumat. Lobak dipotong bulat-bulat anggaran 1.5cm dan kentang dipotong 6.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia dan rempah-rempah yang telah direndam. Tumis sebentar.
  3. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yang ditumis. Biarkan selama 10 minit
  4. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
  5. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji dan lada sulah. Adjust mengikut selera anda
  6. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup dan bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20 minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang

No comments:

Post a Comment